b>
Sunday, 4 December 2011
BIDADARI SYURGA
Bidadari syurga adalah makluk ciptaan Allah yang ditempatkan di dalam syurga. Mereka disediakan untuk orang-orang mukmin yang beramal soleh. Mereka diciptakan Allah tanpa melalui proses kelahiran dari mana-mana ibu, bahkan kejadian mereka hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dengan kalimah ( كن فيكون )‘Kun fayakuun’.
Allah dan Rasul menggambarkan bahawa mereka berwajah teramat cantik dan amat sempurna kejadiannya. Setiap hamba Allah yang berjaya memasuki syurga di akhirat nanti akan disediakan dua orang bidadari khusus untuk mereka, dan mereka kini sedang menunggu kehadiran suami-suami mereka dari dunia dengan penuh tawaddhuk dan sabar.<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment