skip to main |
skip to sidebar
KISAH ANAK VS AYAH NYEE !!
♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding
... dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm
misi mencari diri
‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥
KISAH ANAK VS AYAH NYEE !!
Seorang
bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari
duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan
mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan
besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah
kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit
kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima
kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit
lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat
duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin
kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10
ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli
apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat
tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam
dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
No comments:
Post a Comment